01 Pengenalan Kepada Kimia
02 Jirim dan Struktur Atom
3.0 Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia
4.0 Jadual Berkala Unsur
5.0 Ikatan Kimia
1 of 4

2.4.1 Isotop dan Penggunaannya

Nombor Proton dan Nombor Nukleon

  1. Nombor proton = bilangan proton dalam satu atom unsur itu.
  2. Nombor neukleon = bilangan neukleon = jumlah bilangan proton + jumlah bilangan neutron.
  3. Di dalam satu atom, lilangan elektron = bilangan proton (kerana semua atom adalah neutral).
  4. Jisim satu atom = jumlah jisim proton + jumlah jisim neotron + jumlah jisim elektron.
  5. Bagaimanapun jisim elektron sangat kecil, maka ia boleh diabaikan. Oleh itu, kita boleh menganggap bahawa jisim satu atom = jisim atom relatif atom itu.
  6. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nukleon.
 
Atom
Proton Number
Nucleon Number
Amount of Proton
Amount of electron
Amount of Neutron
Helium
2
4
2
2
2
Oxygen
8
16
8
8
8
Sodium
11
23
11
11
12
Chlorine
17
35
17
17
18
[Notes: In ion, the amount of protons IS NOT equal to the amount of electrons]

 

Contoh 1
Unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27. Berapakah bilangan proton, neutron, dan elektron dalam satu unsur X?
Jawapan:
Bilangan proton dalam atom X
= Nombor proton = 13Bilangan elektron dalam atom X
= bilangan proton = 13Bilangan neutron dalam atom X = Nombor nukleon – bilangan proton = 27 – 13 = 14
Contoh 2
Atom unsur Y mengandungi 22 neutron dan 18 elektron. Berapakah nombor proton dan nombor nubleon bagi unsur Y?
Jawapan:
Dalam atom neutral Y, bilangan proton = bilangan elektron = 18Jadi nombor proton unsur Y = bilangan proton = 18Nombor nukleon unsur Y = Bilangan proton + bilangan neutron = 40

 

Kaedah menulis nombor atom dan nombor jisim pada simbol unsur.

  1. Nombor nukleon ditulis di bahagian atas sebelah kiri manakala nombor proton ditulis di bahagian bawah sebelah kiri simbol atom unsur.
  2. Contohnya,

Elektron Valens

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.
  1. Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadang kala bilangan neutron mungkin berbeza.
  2. Atom-atom yang nombor neutron yang berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
  3. Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.
  4. Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan.

Sifat Kimia dan Sifat Fizik Isotop

  1. Isotop-isotop yang berbeza bagi satu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, maka ia juga  mempunyai konfigurasi elektron yang sama, dengan ini sifat kimianya juga adalah sama.
  2. Akan tetapi isotop-isotop bagi suatu unsur mempunyai sifat fizik ( ketumpatan, takat lebur, takat didih ) yang berbeza.
  3. Sesuatu unsur dalam keadaan semula jadi mungkin wujud sebagai gabungan daripada beberapa jenis isotop.

Ringkasan

Sifat-sifat Isotop
Bilangan protonsama
Bilangan neutronberbeza
Sifat kimiasama
Sifat Fizikberbeza

Contoh:

UnsurNamaSimbolNombor protonNombor nukleonBilangan protonBilangan neutron
HidrogenHidrogen
11H
1
1
1
0
Deuterium
21H
1
12
1
1
Tritium
31H
1
23
1
2
OksigenOksigen-16
168O
8
16
8
8
Oksigen-17
178O
8
17
8
9
Oksigen-18
188O
8
18
8
10
KarbonKarbon-12
126C
6
12
6
6
Karbon-13
136C
6
13
6
7
Karbon-14
146C
6
14
6
8
KlorinKlorin-35
3517Cl
17
35
17
18
Klorin-37
3717Cl
17
37
17
20
NatriumNatrium-23
2311Na
11
23
11
12
Natrium-24
2411Na
11
24
11
13