01 Pengenalan Kepada Kimia
02 Jirim dan Struktur Atom
3.0 Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia
4.0 Jadual Berkala Unsur
5.0 Ikatan Kimia
1 of 4

2.1.1 Teori Zarah Jirim

Teori Zarah Jirim

  1. Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  2. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.
  3. Teori kenetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang diskrit dan sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran antara satu sama lain.
Teori Zarah Jirim: 
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit

Jenis Zarah

  1. Zarah zarah yang membina jirim mungkin ialah atom, molekul, atau ion.
  2. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi suatu unsur dan boleh mengambil bahagian dalam tindak balas kimia.
  3. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud bersendirian.
  4. Ion ialah zarah yang bercas. Ia terhasil daripada atom atau molekul dengan menerima atau melepaskan elektron.
  5. Ion bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion.
 

Resapan dan Gerakan Brown

Resapan

Resapan gas ialah pergerakan zarah-zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara. Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.

Gerakan Brown

Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat dilihat apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang tidak dapat dilihat.

Unsur dan Sebatian

  1. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya mungkin ialah atom atau molekul.
  2. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion.
  3. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.
  4. Molekul ialah zarah nuetral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia.
  5. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri daripada satu / beberapa atom yang bercas.

Unsur dan Sebatian

  1. Jirim dapat dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu unsur dan sebatian.
  2. Unsur terdiri daripada satu jenis atom sahaja. Zarah-zarah dalam suatu unsur mungkin berbentuk atom atau molekul, bergantung kepada jenis unsur itu.
  3. Hanya 9 unsur berikut wujud sebagai molekul, manakala unsur-unsur yang lain terdiri daripada atom.
  4. Unsur-unsur yang wujud dalam bentuk molekul ialah: oksigen, hidrogen, nitrogen, florin, klorin, iodin, bromin, sulfur dan fosforus.
 

Contoh:

(Kedua-dua ferum dan oksigen ialah unsur kerana mereka terdiri daripada satu jenis atom sahaja)
 

Sebatian

  1. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang terikat secara kimia.
  2. Zarah-zarah dalam suatu sebatian ialah molekul atau ion.

Contoh:

(Kedua-dua natrium klorida dan karbon dioksida ialah sebatian kerana mereka mengandugi lebih daripada satu jenis atom)

Unsur dan Sebatian

Simbol Unsur

  1. Dalam kimia, kita menggunakan simbol untuk mewakili unsur.
  2. Setiap simbol diwakili oleh satu atau 2 huruf.
  3. Sesetengah unsur diwakili oleh huruf pertama namanya.

Contoh:

Unsur
Simbol
Unsur
Simbol
Fluorin
F
Fosforus
P
Hidrogen
H
Sulfur
S
Iodin
I
Karbon
C
Nitrogen
N
Vanadium
V
Oksigen
O
Kalium
K
  1. Jika terdapat lebih daripada satu unsur di mana namanya bermula dengan huruf yang sama, maka huruf yang kedua digunakan dalam simbol.
  2. Huruf yang kedua setiasa adalah huruf kecil.

Contoh:

Unsur
Simbol
Unsur
Simbol
Bromin
Br
Nikel
Ni
Kalsium
Ca
Silikon
Si
Klorin
Cl
Helium
He
Kromium
Cr
Argon
Ar
Magnesium
Mg
Aluminium
Al
Mangan
Mn
Zink
Zn
Neon
Ne
Platinum
Pt
Natrium
Na
Plumbum
Pb
Natrium
Na
Plumbum
Pb

Sesetengah unsur diwakili oleh simbol yang merujuk kepada nama latinnya.

Contoh:

UnsurNama LatinSimbol
KuprumCuprum
Cu
BesiFerrum
Fe
TimahStannum
Sn
MerkuriHydrargyrum
Hg
PerakArgentum
Ag