Test

Detergen

Detergen ialah garam natrium bagi asid sulfonik.

Natrium alkil sulfonat

Natrium alkilbenzena sulfonat

Struktur ion detergent terdiri daripada dua bahagian, iaitu

  1. bahagian hidrocarbon berantai panjang yang bersifat hydrofobik iaitu larut dalam minyak
  2. bahagian berion yang bersifat hidrofilik iaitu larut dalam air.
  1. Berkesan dalam kedua-dua air lembut dan air liat.
  2. Di dalam air liat, ion-ion detergen masih wujud sebagai ion yang bebas dan dapat menjalankan tindakan mencuci. (Mengapa? Kerana garam kalsium dan garam magnesium detergen larut dalam air. Pembentukan kekat tidak berlaku.)
  3. Ditergen tidak membentuk mendakan dalam air berasid. Oleh itu, ion-ion detergen masih boleh menjalankan tindakan mencuci dalam larutan berasid.
  1. Tidak terbiodegradasi, iaitu tidak dapat diuraikan oleh bakteria dan mencemarkan alam sekitar.
  2. Membentuk buih yang banyak dan menghalang oksigen daripada meresap ke dalam air.
  1. Sabun bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium untuk membentuk mendakan tak larut dipanggil sebagai kekat.
  2. Buih tidak terbentuk dan sabun gagal untuk membersihkan.
  3. Detergen bertindak balas dengan ion magnesium atau kalsium untuk membentuk bahan larut. Ia tidak membentuk kekat.

Bahan Tambah Detergen

Beri satu contoh bahan tambah detergen berikut dan nyatakan fungsinya:

Contoh: Natrium Barborat.

Fungsi: Melunturkan warna kotoran tetapi tidak melunturkan pewarna pada kain berwarna. 

Contoh: Blancophor R

Fungsi: Menukar beberapa sinaran ultraungu kepada cahaya biru dan menyebabkan kain kelihatan lebih cerah dan lebih putih.

Contoh: Amilase, lipase, protease, selulase

Fungsi: Menanggalkan bahan kotoran organik seperti darah, makanan dan minyak.

Contoh: Natrium tripolifosfat

Fungsi: : Menyingkirkan Lumpur dalam kotoran dan melembutkan air.

Contoh: Natrium sulfat, natrium silikat

Fungsi: : Memastikan serbuk detergen kering.

Contoh: Silikon

Fungsi: Mengurangkan pembentukan buih.

Contoh: –

Fungsi: Memberi bau wangi selepas cucian.

Contoh: Karbosimetil selulosa

Fungsi: Menghalang butir-butir kotoran yang tertanggal daripada melekat semula pada fibrik yang telah dibersihkan.

Kad Imbas

Agen pemutih
Natrium barborat
4 enzim biologi
Amilase, lipase, protease, selulase
Agen pembina
Natrium tripolifosfat
Agen pengering
Natrium sulfat
natrium silikat
Bahan penstabil
Silikon
Agen ampaian
Karbosimetil selulosa

Definisi

Detergen
Detergen ialah garam natrium bagi asid sulfonik
Contoh-contoh detergen
Natrium alkil sulfonat
Natrium alkilbenzena sulfonat

Leave a Comment